17 March 2017

Pembentangan projek untuk penyertaan ke ICQCC 2017

Pembentangan projek untuk penyertaan ke ICQCC 2017

Tarikh: 17 Mac 2017
Hari: Jumaat 
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Inovasi Pusat Jaminan Kualiti UKM Bangi.











08 March 2017

Konvensyen Projek Geraknovasi UKM 2017

Konvensyen Projek Geraknovasi UKM 2017 telah diadakan pada:

Tarikh: 8 Mac 2017
Hari: Rabu
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Bangunan Pusanika UKM Bangi








14 February 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Fasilitator KIK UKM-PPUKM Bil 1/2017

Mesyuarat Jawatankuasa Fasilitator KIK UKM-PPUKM Bil 1/2017 telah diadakan pada:

Tarikh: 14 Februari 2017
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Kaizen, Pusat Jaminan Kualiti.

Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Sistem Pengurusan Kualiti UKM. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai persediaan UKM di KIK IPTA 2017, hala tuju dan perkembangan semasa aktiviti-aktiviti KIK di UKM.





30 January 2017

Pendaftaran Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Dan Projek Kejat (LEAN@UKM) 2017

Dimaklumkan bahawa pada tahun 2017, Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) akan meneruskan aktiviti inovasi dan penambahbaikan berterusan melalui Kumpulan Inovatif & Kreatif UKM. Pada tahun ini juga, Pengurusan UKM dan Pusat Jaminan Kualiti akan mengiatkan usaha untuk menerapkan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) dalam menambahbaik proses serta penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, YBhg./Tuan/Puan dapat mewar-warkan kepada semua ahli PTJ yang ingin mendaftarkan kumpulan dalam Projek Penambahbaikan Inovasi pada tahun 2016 dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan KIK 2016 UKM (Lampiran A).

Manakala jika PTJ berminat untuk melaksanakan penambahbaikan proses di PTJ melalui Pengurusan Kejat (Lean@UKM) boleh melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) (Lampiran B).

Borang-borang yang telah dilengkapkan boleh dikembalikan ke Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) sebelum atau pada 17 Februari 2017. Maklumat pendaftaran Kumpulan KIK dan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) daripada PTJ akan memudahkan pelaksanaan perancangan dan pemantauan dijalankan.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, Pihak YBhg./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Norhishah B. Elias atau Pn. Norbaity Arjuna Bt. Mohd Badris di talian 03-89214901/4930.

22 December 2016

Konvensyen KIK Peringkat UKM Kali KE-21

Tahniah- Pemenang Konvensyen KIK Peringkat UKM Kali KE-21

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2016 di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM. 

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran daripada Jabatan Perkhidmatan Radiologi , HCTM, PPUKM yang berjaya menjadi Johan Kategori Teknikal dan Juara Keseluruhan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21. Manakala, Kumpulan Mutiara daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM menjadi Johan Kategori Pengurusan. Senarai penuh keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UKM Kali Ke 21 adalah seperti dilampiran. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kumpulan.

Keputusan penuh di: Klik disini


11 December 2016

Bengkel KIK PPUKM

Bengkel telah diadakan pada:

Tarikh: 9-11/12/2016
Hari: Jumaat-Ahad
Tempat: Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang, Perak.